Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Nama saya ialah Norbaizura bt Mohd Noh, berusia 20 tahun dan dilahirkan tanggal 23 Januari 1994 di Hospital Daerah Besut, Terengganu. Berasal dari Kampung Padang Bual, Jertih Besut,Terengganu. Merupakan anak kedua daripada 9 orang adik beradik.
Mendapat pendidikan awal di Tabika Kemas yang terletak di Kampung Padang Bual selama 2 tahun. Kemudian saya belajar di Sekolah Rendah Kebangsaan Pasir Akar dari darjah 1-6. Selepas itu, saya menyambung pelajaran saya di Sekolah Menengah harian biasa di Sekolah menengah Kebangsaan Bukit Payong, Jertih, Besut, Terengganu dari tingkatan 1-5 dalam aliran sains. Oleh kerana keputusan SPM saya tidak begitu cemerlang terutama dalam subjek-subjek sains, saya telah menukar aliran pengajian kepada aliran sastera di tingkatan 6.
Alhamdulillah, dengan izin yang Maha Kuasa, berkat usaha yang gigih, dorongan daripada ibu bapa dan guru-guru serta doa, saya telah mendapat keputusan yang membanggakan bagi diri saya. Dengan berbekalkan CGPA 3.42 saya memohon untuk menyambung pelajaran ke Ukm sebagai pilihan pertama dan akhirnya saya diterima masuk ke Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan Pendidikan Khas dengan tempoh pengajian selama 4 tahun.
Maka, bermulalah perjalanan saya sebagai seorang mahasisiwi di sini. Harapan saya ialah agar dapat menghabiskan pengajian saya dengan cemerlang dan mendapat segulung ijazah Sarjana Muda untuk dihadiahkan kepada kedua Ibu bapa saya dan seterusnya dapat menjadi seorang pendidik yang berdedikasi untuk mendidik anak bangsa suatu hari nanti.